Pagi ni aku bangun macam biasa.. 5.30 pagi mata dah automatik terjaga... rasa malas sangat nak bangun dari katil.. rasa penat sangat yang teramat2 sangat.. penat..letih.. macam2 rasa ada... aku selalu cakap dengan pakwe aku.. aku ni bukan letih badan..tapi letih otak dan jiwa aku letih.. dan jawapan dia..'mungkin aku x cukup rehat..'
Lunch tadi aku gi klinik jumpa doktor.. rasa badan seram sejuk cam nak demam.. bila doktor check tekanan darah aku.. doktor kata.. "rendah tekanan darah you ni...you letih sangat ker...?" Balas aku.."yea doktor.. saya letih sangat... banyak benda yang bersarang kat dalam kepala dan jiwa saya ni.." kata doktor... " Well.. you ni bukan stress..tapi you depress..."
Depress... yea.. mungkin aku depress... sebab ada tanda2 yang aku depress... cuma aku yang tak perasan.. sebab setiap kali aku rasa letih.. aku akan rehat & makan multivitamin.. tapi x ada apa2 perubahan pada keletihan aku tu... hingga lah aku berjumpa dengan artikel ni... baru aku sedar mungkin aku antara individu yang tergolong dalam penyakit ini... tapi siapa peduli??? Semua orang tahu aku tak ubah macam superwomen.. dan aku sentiasa di asak dengan pelbagai soalan.. pelbagai andaian... yang sentiasa meruntum jiwa aku.. tapi siapa peduli?? Tak mustahil kalau org selalu kata muka aku ni muka orang bermasalah...
Mengapa Hidup Saya Tidak Ceria dan Bahagia?
Kenali Penyakit Kemurungan...
Kemurungan merupakan penyakit 'tersembunyi' .. ianya bukan penyakit yang diada-adakan atau 'terpendam dalam otak'. Ia memang satu penyakit yang memerlukan rawatan..dan mempengaruhi berjuta2 manusia setiap tahun..
Kemurungan ialah penyakit yang benar2 wujud dan mempunyai punca2 dan gejala yang nyata. Setiap orang adalah berbeza dan menyebabkan gejala atau tanda2 yang di alami berbeza antara satu sama lain..Namun gejala ini biasanya akan mempengaruhi kehidupan seharian kita yang berkekalan..
Antara Gejala Kemurungan
Kehilangan minat terhadap aktiviti biasa yang dinikmati seperti hobi atau hubungan suami isteri
Mengalami kesedihan atau keresahan yang luar biasa
Mengalami masalah sukar tidur, bangun terlalu awal atau lewat
Kemerosotan daya tumpuan
Perubahan selera makan
Berasa lebih letih dari biasa
Gelisah atau pergerakan menjadi lambat dengan ketara
Berfikiran untuk membunuh diri atau mati
Punca Kemurungan
Faktor penyakit seperti kencing manis & darah tinggi
Pembedahan utama atau penyakit kronik
Ubat-ubatan kardiovaskular, hormon, pil cegah hamil
Tekanan di tempat kerja
Kematian dan penceraian
Konflik dan campurtangan keluarga dalam rumahtangga
Punca yang tidak dapat dikenalpasti - tiba2 tercetus kemurungan
Rawatan Kemurungan
Berjumpalah doktor hari ini juga.. Anda berpeluang untuk pulih daripada penyakit kemurungan dan menikmati semula hidup yang bahagia. Kebanyakan pesakit kemurungan berasa puas hati dengan rawatan yang doktor berikan dan semakin mengenali penyakit ini dan cara mengubatinya...
Sumber : Perkhidmatan Komuniti oleh Eli Lily (M) Sdn. Bhd
Aku berdoa agar aku dijauhkan dari penyakit ini.. dan aku mohon pada sekelian yang ada... fahamilah diri aku ini..hentikan dari mengasak aku dengan soalan yang bukan2.. aku bukan malaikat..aku bukan ada kuasa ajaib untuk mengubah setiap apa yang Allah telah takdirkan.. hentikan bertanya kan soalan.. yang pasti telah kalian tahu jawapannya... Aku insan biasa punya hasrat dan cita2..