Wednesday, January 6, 2010

Pahit akan Manis Akhirnya..

Lama sudah aku tidak menulis... dalam kata lain menjengok blog aku ni... kesibukkan menguruskan keluarga disamping memikirkan masalah2 negara pasir dua butir..yang aku sendiri meluat nak pikir.. sebab x kena mengena dengan aku... menteri pasola punya hal.. aku pulak yang nak kena naik tikar pandan terbang..

Hari ni aku mula kerja.. lepas 2 hari bercuti menguruskan persekolahan anak2 aku... sayu rasa hati tengok anak2 melangkah ke sekolah... tapi aku bersyukur anak2 aku di terima untuk bersekolah di situ.. iyalah..semua org tahu... anak aku anak istimewa..... tidak pernah ke depan untuk bercerita.. tidak pernah pulang dengan trofi atau hadiah... tapi dia mereka pulang dengan senyuman di bibir kecil yang mongel dan tangisan syahdu di jauh lubuk hatiku.. (sedih berbaur gembira..)



Petang semalam.. aku terima satu surat melalui pos dari sekolah Emilyn.. setiap kali ada surat dari SIA hati aku akan resah gelisah.. macam2 yang bermain dan bersarang difikiran aku.. ternyata kegelisahan bertukar menjadi sedih.. syahdu.. terharu... dan aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Illahi..




Mulai Tahun 2010, Pihak SIA telah mewujudkan satu Program Peningkatan Pembelajaran yang akan diadakan selama 3- 6 bulan.. bertempat di SIA. Program ini diwujudkan khusus untuk membantu para pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran untuk belajar dalam keadaan yang seronok dan gembira...Alhamdulillah Emilyn telah dipilih untuk mengikuti program ini.. dalam erti kata lain.. ianya adalah program pendidikan khas untuk anak2 di SIA... mungkin ada orang yang malu bila anak mereka tidak menyerlah dalam pelajaran.. tapi tidak bagi aku.. kerana aku tahu.. setiap apa yang Allah beri itu ada hikmahnya... setiap org diuji dengan pelbagai dugaan.. ujian melalui anak.. melalui suami isteri.. melalui pekerjaan dan macam2 lagi.. tapi kita harus melihat dari sudut yang positif.. biar apa orang kata.. yang penting kita bahagia dengan cara kita..




Aku sangat bersyukur ke hadrat Illahi.. kerana apa yang aku buat selama ini telah berhasil... mudah-mudahan Emilyn akan dapat meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.. aku risau betul bila teringatkan bila dia nak ambik UPSR nanti.. sedangkan pada ketika ini Emilyn masih belum dapat menguasai 3M dengan baik..biarlah kalau tak dapat 5A pun.. kerana ilmu yang tinggi tanpa iman dan taqwa..tanpa kasih sesama insan.. ianya tidak akan ke mana...





Ibu mana yang tidak ingin melihat anaknya berjaya dalam pelajaran dan hidup.. tapi bagi aku... yang penting Emilyn dapat menguasai kemahiran hidup..dan asas 3M yang baik.. itu sudah memadai.. aku tidak pernah meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada anak2 aku.. biar mereka buat setakat mana yang mampu.. walaupun ada mulut2 celupar yang pernah mengatakan 'selalu mak bapak banyak duit anak akan hancur...atau tak menjadi..' tapi tengok jugaklah duit tu datang dari sumber mana.. dan kehancuran yang macam mana... aku mohon pada Allah agar mereka ini diberikan petunjuk dan hidayah.. agar terbuka minda dan hati mereka ke arah melihat dunia dalam bentuk yang lebih sihat dan positif..


Biarlah.. itu semua kuasa Allah... kalau aku suami isteri nak bergaya.. nak bermewah2.. bukan kami tak mampu... tapi bagi kami itu semua tidak penting.. yang penting Emilyn dan Eimran dapat dibantu dalam pelajaran dan kehidupan... kerana Eimran juga telah mula menunjukkan tanda2 disleksia.. Oh.. Tuhan.. berikan kami kekuatan untuk menempuh hidup ini.. kerana kami tahu janji Allah itu benar..


Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SIA kerana telah berusaha mewujudkan program ini khusus untuk membantu Emilyn dan anak2 yang lain.. program ini akan di selia oleh doktor dan pakar serta guru khas dari Nury dan SIA sendiri .. menurut koordinator program ni Pn. Sharifah... suatu masa dulu SIA pernah mengadakan program ini dan ianya terhenti disebabkan tiada pelajar memerlukan bantuan khas lagi.. namun pihak SIA berusaha mewujudkan program ini kembali setelah pihak SIA merasakan Emilyn perlu di bantu.. setelah mereka dapati yang aku tidak malu memberitahu pihak sekolah yang anak aku adalah anak istimewa.. dan aku memohon supaya dia diberikan sokongan dan bimbingan yang bersesuaian...


Alhamdulillah.. terima kasih di atas sokongan semua pihak yang tidak jemu dan tidak malu menerima anak aku seadanya.. walaupun aku sedar... kami banyak menyusahkan ramai pihak... kami tidak berniat untuk menyusahkan sesiapa apatah lagi menumpang kesenangan orang lain...


Syukur Alhamdulillah... terima kasih kerana sudi memberi secebis harapan dan cahaya untuk kami susuri hidup di dunia ini... terima kasih kerana sudi menerima Emilyn dan Eimran.. walaupun tidak dianggap sebagai darah daging.. tetapi sebagai insan di atas bumi Allah yang fana ini.. kerana setiap yang pahit akan manis akhirnya...setiap yang bernyawa akan mati jua akhirnya...

1 comment:

Permata Nusantara said...

Ya Allah, kau berikanlah kebahagiaan buat dua anak kecil ini agar senyuman sentiasa menitip di bibirnya yang bisa turut membahagiakan orang tua nya...

Kau jadikanlah mereka anak2 yang soleh dan solehah..Amiinnn