Tuesday, May 5, 2009

Boring..boring...

Hari ni aku ada seminar kat klcc.. tapi aku blah awal.. sebab boring giler... topik yang dibincangkan tiap2 tahun sama jer... so..aku pun dengan langkah selamba terus blah balik umah...(harap2 bos aku x tau address blog aku ni... hahahaha)

Boring ni kenkadang susah nak di klasifikasikan.. apa yang pasti..aku rasa macam nak cuti.. malas nak gi kerja.. nak lepak dan rileks jer kat umah... macam masa aku habis SPM dulu.. lepak..makan..tido... (patut aku berjaya bina badan masa tu..hu hu..).. atau mungkin sebenarnya aku dah mencapai tahap tepu dalam kerjaya.. so aku perlukan masa untuk bertenang dan retreat balik prestasi dan pencapaian aku selama ni... mudah2an permohonan aku untuk sambung belajar diluluskan... Amin...


Dalam pada boring tu... ada satu benda yang aku suka buat... iaitu memasak... dah lama aku tak masak beriya2..sebab bila pakwe aku x der..aku masak ala kadar jer... lauk ringkas2 untuk anak2 aku.. antaranya lauk telur mata masak kicap sweet sour.. (ada org kata tu lauk org miskin.. anyway..org kaya yang buat macam tu... makan telur hari2 leh simpan duit banyak2... hahaha)


Bagi mengurangkan rasa boring.. aku pun turun ke dapur dan masak lauk-lauk ni... jom la tengok.. (En. Yusri jangan tension pulak tengok lauk ni.. kata dah kurus 70kg... hahahahha)




Asparagus goreng belacan... yum..yum..




Masak Lemak Pucuk Paku



Ikan Tuna Goreng Tepung




Hahaha... Eimran dah senyum lebar.. x sabar nak makan...

Pas abis makan mesti nak pekena kopi... ini dia kopi kegemaranku... nescafe.. patut dapat migraine selalu..huhu...cawan kopitiam tu... jangan memain...

3 comments:

Anonymous said...

"macam masa aku habis SPM dulu.. lepak..makan..tido... (patut aku berjaya bina badan masa tu..hu hu..).." - eh bukan sampai skrg ke bina badan... hua hua hua... nasib baik ada herbalife

eh eimran nampak kurus lah dalam gambar tu...

Shima said...

wafa..
mak aii banyaknya lauk.. tiga beranak aje makan? Cayalah.. Tapi aku rasa eimran paling suka lauk bulat yang kuning tu he he.. sup yellow berlemak tu mama punyer.. hu hu~

Anonymous said...

bila nak update ni??...