Tuesday, March 31, 2009

Aku Yang Kau Pilih...

Tajuk aku ni bukan nak menyaingi ayat-ayat puitis permata nusantara..cuma nak berkongsi cerita tentang susur galur kehidupan..hehehe..


Lepas aku dapat result SPM, kawan2 yang lain berebut-rebut masuk University.. tapi aku still duk kat umah sebab belum ada rezeki untuk gi mana2.. tapi aku bukan jenis yang suka buang masa.. walaupun aku memang kuat tido sampaikan kalau telefon umah berdering2 & mak call berkali2 dari opis... aku masih boleh pekakkan telinga.. sampaikan Cik Pah kena jerit dari umah dia panggil aku bangun... baru aku akan bangun.. pas tu ambik kau.. mak balik memang kena marah ler....hehehehe..


Dalam masa menunggu peluang untuk sambung belajar... aku bekerja sebagai cikgu sambilan di SRK (C) Selayang Baru... aku mengajar English & Bahasa Melayu... walaupun aku tak der lah amik TESL.. tapi leh la mengajar sikit2... masa tu silibus darjah 1 tidaklah seteruk silibus sekarang yang aku rasa terlalu berat... bayangkan darjah satu dah belajar tanda ayat... kata nama am..kata ganti nama... Ya Rabbi...susah giler...


Masa aku mengajar English Tahun 3... ada sorang budak pompuan ni... Nama dia Tan Geok Ngor x silap aku lah... dia duk dalam kelas yang terakhir.. dia ni jenis yang mendengar kata & ikut arahan cikgu.. apa yang cikgu suruh semua dia buat... walaupun bebudak lain berlari ke hulu-hilir..dia tetap duk tempat dia dan menulis atau pun melukis...


Satu hari aku mintak semua budak salin perkataan yang aku tulis kat papan hitam..(masa tu x der white board).. dia orang yang terakhir sekali siap... tapi bila aku check.. dia tulis terbalik.... patutnya dari kiri ke kanan.. tapi dia tulis style jawi dari kanan ke kiri... aku memang betul2 pelik.. sebab aku tak pernah jumpa budak macam ni... puas aku ajar dia.. tapi dia tetap ulang kesalahan yang sama... akhirnya aku give up... bila aku tanya cikgu kelas dia... cikgu tu kata..memang dia macam tu... lembab..malas & susah di ajar... aku tak tau napa cikgu ni labelkan budak ni macam ni... sedangkan dalam kelas aku.. disiplin dia memang bagus.. tanya soalan dia leh jawab.. tapi bab menulis & copy dari papan hitam dia payah... bila aku dah masuk ITM aku pun dah lupa tentang dia...

Gambar hiasan..

Setiap anak ibarat kain putih...


Kisah Tan ni kembali bermain di fikiran aku.. bila aku berjumpa dengan Cikgu Jamaliah.. cikgu ni dah agak berusia.. tapi perwatakan dia sangat lembut.. air muka dia sangat jernih... dia mengajar Emilyn Bahasa Melayu Tahun 1... setiap hari dia akan bekalkan emilyn dengan homework.. penulisan... sebab dia nak Emilyn mahir menulis..sebab tulisan emilyn besar2... dan dia lambat untuk menyalin apa yang cikgu tulis di white board... cikgu Jamaliah takut Emilyn ketinggalan.. walaupun setiap soalan yang ditanya cikgu, Emilyn boleh jawab dengan baik.. tapi disebabkan Emilyn mengalami kesukaran untuk membaca ayat2 panjang.. menyebabkan kerja-kerja yang diberikan dalam kelas Emilyn tak siap... Sebab tu aku masukkan Emilyn ke kelas Kumon.. dan hantar dia ke kelas membaca.. bukan niat aku untuk bersaing atau memaksa dia menjadi sehebat Adi Putra.. tapi aku tahu di mana kelemahan dia... dan aku berusaha membantu dia mencari arah...




My love..

Sebenarnya aku dah perasan perkara ni lama...tapi aku tak tau apa nak buat dan mana nak pergi.. selama bertahun-tahun puas aku berjumpa doktor pakar di HKL, Selayang & Ampang Puteri... tapi tak der satu pun yang dapat memberikan aku jawapan yang tepat... Namun aku berterima kasih kepada Arwah Dr. Haliza (Al-fatihah) dia merupakan orang pertama yang dapat detect kekurangan yang ada pada Emilyn dan katanya mungkin disebabkan oleh faktor kelahiran (induction fail & force delivery...) tapi untuk pengesahan lanjut arwah mengesyorkan supaya aku berjumpa pakar di Selayang dan HKL..


Kat HKL & Selayang dah berpuluh2 test di buat ke atas Emilyn... berpuluh2 jarum dicucuk ke tangan Emilyn.. berpuluh2 tabung darah Emilyn doktor ambik... bermacam2 scan,MRI, X-ray Emilyn dah buat..tapi doktor tak dapat nak identify problem Emilyn... akhirnya Emilyn dirujuk kepada Pakar Genetik Hospital Kuala Lumpur..dan doktor mengesahkan Emilyn mengalami lewat perkembangan disebabkan oleh faktor genetik.. Emilyn boleh berjalan pada umur 2 tahun dan bercakap pun pada umur 2 tahun.. keadaan ini mungkin akan menyumbangkan masalah kepada dia dari segi pembelajaran kelak... sedih..memang sedih... puas aku bertekak dengan doktor sebab musababnya... akhirnya aku terima hakikat tuhan.. anak terbentuk daripada ibu dan ayah... bawaan genetik mungkin dari ibu.. mungkin dari ayah.. mungkin dari datuk...nenek...moyang... mungkin..mungkin..mungkin... entahlah...


Yang pastinya... genetik sebenarnya menyumbang sebanyak 30% daripada sel badan kita.. lagi 70% datang dari diri kita sendiri dan juga persekitaran... apa yang penting adalah masa depan Emilyn... aku dan suami tak mahu menoleh ke belakang lagi... apa yang kami buat sekarang adalah demi masa depan Emilyn..kami cuba buat yang terbaik untuk Emilyn...


Berdasarkan perbincangan aku dengan Cikgu Jamaliah... semalam aku bawak Emilyn berjumpa dengan Pn. Shariah Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia... beberapa ujian telah dibuat ke atas Emilyn.. penulisan, membaca dan mengira... dan jawapan dari Puan Shariah... " She's very smart.. dia tahu macam mana nak selesaikan soalan matematik dan jawab soalan pemahaman.. tapi dia mengambil masa yang agak lama untuk interprate apa yang dia lihat dan baca... so kita perlu tolong dia untuk mempercepatkan proses pembelajaran..we're going to put her into the Intensive Class for 3 months... during that periods of time we will teach her a proper and systematic learning methods.. Insya Allah.. she will be deserved her place in a school later.. Sejuk hati aku dengar ulasan dia...dan aku redha..jawapan yang aku cari sekian lama telah aku temui... Emilyn disahkan dyslexia... tapi alhamdulillah..dia hanya mild dyslexia.. dan masih ada ruang untuk dia pulih seperti sedia kala... cuma dia memerlukan kesabaran, masa dan sokongan padu yang tidak bebelah bahagi..


Hari ini aku sedar.. aku sangat beruntung sebab aku telah dipilih oleh Allah dikalangan beribu-ribu dan berjuta-juta ibu di luar sana untuk memikul tanggungjawab ini.. bukan calang-calang orang yang Allah pilih... Allah tahu aku mampu melaksanakannya dengan baik dan sempurna..(InsyaAllah.. ) sebab itu Allah memilih aku... Aku bersyukur kerana suamiku turut sama memikul tanggungjawab ini.. tanpa dia aku tidak mungkin dapat berdiri teguh seperti hari ini... Eimran juga banyak bertanggungjawab dalam membantu perkembangan Emilyn.. dia bersikap seperti seorang abang yang melindungi adiknya...buat mak abah..dan semua adik beradik ku dan saudara mara yang lain.. terima kasih kerana memberikan kasih sayang yang tiada tolok tandingnya kepada kami terutama kepada Emilyn.. Nawal juga antara individu yang menjadi rujukan aku dalam membantu Emilyn dan dia sentiasa memberikan aku semangat agar tidak berputus asa..mudah-mudahan Emilyn akan berjaya dalam kehidupan dan pelajaran..di dunia dan akhirat... Segalanya tidak mustahil buat Emilyn...



p/s: Tak tahulah mana Tan tu sekarang... tapi yang penting..kanak- kanak dsylexia mempunyai tahap intelektual yang normal dan kadangkala brilliant..tetapi menghadapi masalah yang unik dan sukar di fahami dalam kemahiran membaca dan menulis... antara tokoh2 terkenal yang mengalami dsylexia adalah Leonardo Da Vinci, Salma Hayek, Tom Cruise, Whoopi Goldberg, Bill Gates, Lee Kuan Yew, Thomas dan Albert Einstein.....

5 comments:

Permata Nusantara said...

sebak membaca entri ini...tuhan tak kan menguji hambanya diluar kemampuan hamba itu sendiri...

emilyn suka menyanyi dan cenderung kepada muzik...sehinggakan lirik2 lagu yang femes pun boleh dihafal olehnya....

mungkin juga emilyn bisa menjadi pemain muzik tersohor suatu hari nanti....who knows...

sama2 kita mendoakan yang terbaik...amin..(^_^)

myzira said...

dulu time tahun dua penah buat assignment pasal disleksia.. people who suffer from dislexia are smart... guru yang mengajar mereka mesti mempunyai tahap kesabaran yang tinggi... mreka pandai tapi memerlukan masa.. mmg banyak cendiakawan terkenal merupakan pengidap disleksia.. ada sangat byk cara sebenarnya sudah diperkenalkan untuk membantu pelajar disleksia.. termasuklah penggunaan muzik dalam pembelajaran...~

Isha_Abama said...

Nur Emeliyn...Tok Wan & Wan sayang kamu.Semua orang sayang kamu.

Emeliyn is a pretty girl. She is smart,intelligent and very talkative.

Dia anak yang bijak dan kreatif, boleh mengaji, boleh menyanyi boleh menulis dan melukis dengan baik ....cuma disegi penerimaan pembelajarannya agak lambat sedikit dari orang lain seusianya.

Apa pun kita semua mahukan yang terbaik untuk dia. Sama-sama lah kita berdoa dan memberikan sokongan dan dorongan yang berterusan pada dia sebilang masa.

Mama/Babah Emeliyn harus banyak bersabar dan beri banyak tumpuan kepada anak bertuah ini( we all know, both of you have done all the best you can for her )....kita semua sayangkan dia....agar dia juga berjaya seperti orang lain suatu hari nanti.

Shima said...

Wafa..
emilyn memang suka dan pandai menyanyi.. Aku setuju sangat cik Nusantara kata milyn hafal lirik lagu2 famous sebab haritu aku dengar dia nyanyi lagu pencinta wanita dari mula sampai habis. Terkezut aku.

Sila lihat artikel ni:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20090221122900/Article/

http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/MasalahPembelajaran.pdf

Sedih aku baca entry ni sebab aku selalu bayangkan emilyn ni macam anak aku sebabnya umo dia dengan Zeqah lebih kurang sebaya tak jauh. Anyway aku harap cik wafa tabah yer.. Kalau aku berada di tempatmu, belum tentu aku sekuat itu.. (pinjam bahasa ala2 cik permata supaya bunyik lebih syahdu) hu hu..

Wafa said...

permata,myzira,isha_abama & shima...
Terima kasih atas sokongan semua.. dan terima kasih sebab memahami.. Insyaallah.. berkat doa semua mudah-mudahan Emilyn akan berjaya.. Amin