Monday, August 24, 2009

Mama dah tak sedih lagi..

Mama dah tak sedih lagi.. sebabnyer..




  • Mama dapat buka puasa ngan tok wan, wan, malong & family, palang & family, mandak, keman & paitam, tice & maksu...

  • Emilyn & Eimran dah belajar puasa walaupun 1/2 hari jer..


  • Mama tengah tengok katalog akojaya nak beli pinggan raya...


  • Mama nak balik kg buka puasa pulak ngan family di kampung... dekat dihati...



Tapi mama sedih sebab lambat nak tunggu baba balik berpuasa bersama & berhari raya bersama..




Apa pun mama nak tujukan lagu -lagu raya ni untuk semua yang bakal balik beraya di kampung.. sama ada di kampung sendiri atau kampung mana2 lah asalkan balik kampung..

Cadangan kuih raya mama...


Ok semua.. selamat berpuasa & berhari raya...Daaa.... dong..dong..dong...

Sunday, August 16, 2009

Mengapa Hidup Saya Tidak Ceria dan Bahagia?




Pagi ni aku bangun macam biasa.. 5.30 pagi mata dah automatik terjaga... rasa malas sangat nak bangun dari katil.. rasa penat sangat yang teramat2 sangat.. penat..letih.. macam2 rasa ada... aku selalu cakap dengan pakwe aku.. aku ni bukan letih badan..tapi letih otak dan jiwa aku letih.. dan jawapan dia..'mungkin aku x cukup rehat..'


Lunch tadi aku gi klinik jumpa doktor.. rasa badan seram sejuk cam nak demam.. bila doktor check tekanan darah aku.. doktor kata.. "rendah tekanan darah you ni...you letih sangat ker...?" Balas aku.."yea doktor.. saya letih sangat... banyak benda yang bersarang kat dalam kepala dan jiwa saya ni.." kata doktor... " Well.. you ni bukan stress..tapi you depress..."


Depress... yea.. mungkin aku depress... sebab ada tanda2 yang aku depress... cuma aku yang tak perasan.. sebab setiap kali aku rasa letih.. aku akan rehat & makan multivitamin.. tapi x ada apa2 perubahan pada keletihan aku tu... hingga lah aku berjumpa dengan artikel ni... baru aku sedar mungkin aku antara individu yang tergolong dalam penyakit ini... tapi siapa peduli??? Semua orang tahu aku tak ubah macam superwomen.. dan aku sentiasa di asak dengan pelbagai soalan.. pelbagai andaian... yang sentiasa meruntum jiwa aku.. tapi siapa peduli?? Tak mustahil kalau org selalu kata muka aku ni muka orang bermasalah...


Mengapa Hidup Saya Tidak Ceria dan Bahagia?

Kenali Penyakit Kemurungan...


Kemurungan merupakan penyakit 'tersembunyi' .. ianya bukan penyakit yang diada-adakan atau 'terpendam dalam otak'. Ia memang satu penyakit yang memerlukan rawatan..dan mempengaruhi berjuta2 manusia setiap tahun..


Kemurungan ialah penyakit yang benar2 wujud dan mempunyai punca2 dan gejala yang nyata. Setiap orang adalah berbeza dan menyebabkan gejala atau tanda2 yang di alami berbeza antara satu sama lain..Namun gejala ini biasanya akan mempengaruhi kehidupan seharian kita yang berkekalan..


Antara Gejala Kemurungan



  1. Kehilangan minat terhadap aktiviti biasa yang dinikmati seperti hobi atau hubungan suami isteri

  2. Mengalami kesedihan atau keresahan yang luar biasa

  3. Mengalami masalah sukar tidur, bangun terlalu awal atau lewat

  4. Kemerosotan daya tumpuan

  5. Perubahan selera makan

  6. Berasa lebih letih dari biasa

  7. Gelisah atau pergerakan menjadi lambat dengan ketara

  8. Berfikiran untuk membunuh diri atau mati

Punca Kemurungan



  1. Faktor penyakit seperti kencing manis & darah tinggi

  2. Pembedahan utama atau penyakit kronik

  3. Ubat-ubatan kardiovaskular, hormon, pil cegah hamil

  4. Tekanan di tempat kerja

  5. Kematian dan penceraian

  6. Konflik dan campurtangan keluarga dalam rumahtangga

  7. Punca yang tidak dapat dikenalpasti - tiba2 tercetus kemurungan

Rawatan Kemurungan


Berjumpalah doktor hari ini juga.. Anda berpeluang untuk pulih daripada penyakit kemurungan dan menikmati semula hidup yang bahagia. Kebanyakan pesakit kemurungan berasa puas hati dengan rawatan yang doktor berikan dan semakin mengenali penyakit ini dan cara mengubatinya...


Sumber : Perkhidmatan Komuniti oleh Eli Lily (M) Sdn. Bhd


Aku berdoa agar aku dijauhkan dari penyakit ini.. dan aku mohon pada sekelian yang ada... fahamilah diri aku ini..hentikan dari mengasak aku dengan soalan yang bukan2.. aku bukan malaikat..aku bukan ada kuasa ajaib untuk mengubah setiap apa yang Allah telah takdirkan.. hentikan bertanya kan soalan.. yang pasti telah kalian tahu jawapannya... Aku insan biasa punya hasrat dan cita2..

Thursday, July 16, 2009

Mama @ Kak Ros...


Kak Ros adalah nama gelaran baru pada aku yang di berikan oleh Eimran... itulah... sebab obses sangat tengok upin & ipin.. mama pun dia panggil Kak Ros... tapi bila aku tanya kenapa pulak mama Kak Ros.. dia kata sebab mama garang.. suka marah2 macam Kak Ros..Mmmmm... kecik2 lagi dah pandai buat perbandingan dan andaian... bagus jugak tu... itu dipanggil observation skill...





Anyway.. bukan niat mama nak jadik cam Kak Ros.. tapi keadaan yang memaksa sampai membuatkan mama kadangkala hilang pertimbangan... bukan apa.. mama ni x cukup rehat... kat opis kerja..kat umah kerja.. berlari sana sini , antar dan ambik anak sekolah & tiusyen, gi meeting, basuh baju, masak, gosok baju, tgk homework... buat kerja x henti2... cam mana x penat.. ada pembantu dulu.. ok sikit.. tapi macam2 hal.. macam2 ragam.. kerenah org sekeliling sehinggakan aku terpaksa terminate pembantu2 yang bagus.. sudahnyer..aku jugak yang penat.. ada sapa nak tolong aku??? Aku jugak yang sengsara...






Aku pernah cakap kat Eimran.. "mama ingat jaga robot lagi senangla daripada jaga adik.. sebab robot tu mama tekan remote jer... dia terus buat apa yang mama suruh.. tekan button makan dia makan.. tekan button tido..dia tido.. tekan button mandi dia mandi... ini adik mama suruh makan pun payah nak bergerak... suh mandi pun asyik main game jer..." dengan selamba dia jawab.. "mama.. robot mana boleh mandi.. nanti badan dia meletop..terbakar.." ye x ye jugak... hebat tul anak aku ni..ada jer jawapan dia nak mematahkan kata2 mama... bagus.. itu di panggil.. thinking skills...






Anyhow.. aku bukannya mak singa.. tapi sebenarnya..banyak sangat benda2 sampingan yang menyakitkan hati aku... walaupun aku cuba nak ignore kan ajer.. tapi dah nama pun manusia.. apa saja perkara yang tidak menyenangkan akan sentiasa bermain di fikiran & hati aku... dan menyebabkan aku rasa sakit hati yang melampau...






Mmmm.. rasanya x perlu nak membebel panjang2 macam Kak Ros.. doa aku semoga Allah berikan mereka pentunjuk dan hidayah.. sebab bila aku membebel sorang2.. nanti Emilyn akan kata... " Mama..mama cakap dengan hantu yea.." Bagus deria Emilyn.. itu dipanggil listening skills.Biarlah.. siapa pun mama... mama sentiasa sayangkan Emilyn & Eimran... dan x semua orang sanggup memikul amanah dan tanggungjawab yang mama laksanakan ini...

Tuesday, June 30, 2009

Hobi @ Suka-suka..

Kalau sebut pasal hobi... memang ada banyak istilah.. tapi pada aku ianya lebih menjurus kepada kesukaan kita untuk melakukan sesuatu sama ada ianya obses atau pun tidak..


Dalam adik beradik aku sendiri.. masing2 punya hobi yang tersendiri.. antaranya selling, blogging, chatting, cooking, travelling, reading & snorring..zzzz.. yang tak kurang hebatnya..hobi kami yang satu ni tetap sama..eating & food carving.. heheheheh

Anyway..aku rasa sangat teruja bila dapat tau antara adik aku yang ingin menjadikan hobi mereka sebagai sumber pendapatan sampingan.. baguslah..aku doakan semoga kalian semua berjaya lah hendaknya.. antaranya myzira bersama dengan tudung-tudungnya.. dan cik permata bersama dengan cup-cup cake nyer.. (tapi asal aku dtg umah mak jer..cik permata nampak cam baru cargas dari hobi zzzz... bila masa nak buat cup cake...??) mungkin malam sesuai kot..sebab siang panas..


Apapun..baru-baru ni aku telah mendapat buah tangan daripada Akmar & Fahmi yang baru pulang dari honey moon di Cameron Highlands..terima kasih la yea.. memandangkan aku suka memasak (nak kata hobi tak jugak..) buah tangan tersebut telah aku olah menjadi pudding untuk santapan kami sekeluarga...(strawberry tu masam sangat... buat pudding baru ok..)

Soya Milk Strawberry Pudding... di buka untuk tempahan.. hehehe

p/s : Dah lama x pergi berkelah.. jom gi berkelah reramai nak... dulu gi masa kecik2 jer...dah tua2 ni x merasa... jom..jom..jom...

Wednesday, June 24, 2009

Zaman Dah Berubah.. Dunia Dah Maju..

Masih ke korang ingat apa permainan pertama yang korang miliki masa kecik-kecik dulu? Kalau aku pun..aku tak berapa nak ingat.. tapi seingat aku la..aku x ada permainan yang menjadi koleksi aku.. tapi aku suka anak patung kertas... balik sekolah mesti singgah kedai cina beli permainan tu.. dia leh koyak-koyak anak patung & baju2 dia.. pastu leh ganti2 pakaian dia... rumah patung tu pun dari kertas juga.. ala-ala barbie la masa tu...



Masa kecik2 nak mintak mak abah duit beli permainan.. rasa macam tak sampai hati.. kenapa pun aku tak tau la... mungkin aku kesian tengok mak abah kerja penat... dan mungkin juga didikan mak abah yang tidak memanjakan aku dan beradik lain dengan kemewahan..


Tapi zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman aku dulu... anak2 sekarang lebih beruntung.. aku selalu tanya kat pakwe aku...





"Kenapa baba beli mainan dan barang mahal-mahal untuk anak2... sedangkan nak beli barang baba.. sepuluh kali belek..pun letak balik la.."
Pakwe aku jawab.. " Biarla mama... kita kerja penat pun untuk anak2.. baba dulu tak merasa nak beli mainan atau barang mahal2.. baba dulu main sungai jer..panjat pokok.. buat lastik.. baba nak bagi peluang itu semua pada anak2 kita merasa apa yang baba tak dapat rasa dulu..." Sedih jugak aku dengar luahan perasaan dia tu...


Aku pun mana ada rasa ada PSP mahal2 macam sekarang.. Dulu ada permainan digital yang di panggil game & watch (gamewatch)... masa umur aku 5 tahun...aku tumpang tengok kawan aku kat Kem Penrisson nama Apis main gamewatch mickey mouse kutip telur ayam...dalam hati aku masa tu kata...kaya nyer budak ni...untung dia...dapat mainan tu... tak lama lepas tu abah ada beli gamewatch warna kuning... permainan diver tembak shark... masa tu berebut2 aku, along & anuar nak main benda tu...sebab game tu ada satu jer.. kah..kah..kah.. kelakar giler...




Itulah.. dulu2 punya cerita..sekarang zaman dah berubah dunia dah maju.. kalau tak belikan anak2 dengan PSP, Nintendo atau apa2 yang seangkatan dengannya.. nanti bila org bercerita.. kesian pulak diorang..tak tau apa2... tapi main tu ada limitnya... hanya lepas siap homework sahaja..


Kadangkala..betul juga apa yang pakwe aku kata..kita dulu tak merasa semua tu.. biarlah anak kita merasa..asalkan kita tau batas dan tahap2nya...tapi kadang2 baba ngan mama yang lebih2 main Nintendo tu..kwang..kwang..kwang...

Thursday, June 18, 2009

Mungkin Ini Jalan Takdirku...

Awal bulan Jun yang lalu aku berpeluang mengikuti satu seminar kaedah pengajaran menggunakan sistem phonics anjuran Fitzroy dan Persatuan Disleksia Malaysia. Sistem phonics merupakan satu kaedah pengajaran yang bertujuan membantu anak-anak untuk membaca lebih cepat di samping melalui satu pengalaman belajar bahasa yang menyeronokkan dengan hanya menggunakan kaedah bunyi atau 'sound'.


Buku-buku bacaan & word skill books yang di terbitkan oleh Fitzroy


Kaedah yang digunakan dalam sistem ini telah digunapakai di Australia lebih daripada 30 tahun... yang mana ianya telah menunjukkan prestasi yang sangat memberansangkan bagi membantu anak2 mempelajari bahasa dan membaca dengan lebih cepat walaupun seorang kanak-kanak itu dikenalpasti mengalami masalah pembelajaran.

Alphabetics - word making game.. best main dengan anak2...x sangka yang Emilyn & Eimran leh form a word begitu cepat...



Everybody are happy playing with the game card...



Sebenarnya tujuan aku attend seminar ni sebab aku nak tahu lebih lanjut mengenai program ni.. apa yang membuatkan aku teruja adalah dalam masa 1 bulan sahaja Emilyn dan Eimran telah dapat membaca dengan lancar up to the book #7 (all together there are 10 books for the beginners) bukan itu sahaja... setiap reading book tersebut akan di sertakan dengan 'word skills books' bagi menguji tahap pemahaman dalam setiap bahan bacaan yang di baca... mereka juga semakin rajin dan bersemangat untuk membaca...



Hati aku gembira dan berbaur sedih.. tapi sebenarnya aku sangat2 gembira sebab Emilyn telah banyak menunjukkan perubahan yang positif dalam pembelajarannya... aku sangat bersyukur kepada Allah.. dan berterima kasih kepada cikgu siti yang banyak membantu Emilyn dan Eimran..



Semasa kursus tu aku berpeluang berjumpa dengan ibu-ibu lain yang turut mempunyai anak disleksia.. kami bercerita dan berkongsi pendapat macam dah bertahun2 kenal..aku rasa seronok sangat sebab aku tahu..aku tidak berseorangan dalam menempuh liku2 hidup membesarkan anak disleksia..Ada antaranya yang telah berjaya mendidik anaknya hingga ke peringkat universiti... alhamdulillah...


Gambar bersama Jeremy O' Caroll, President & Guru Dsylexia Center & Parents...



Anyway... apa yang aku pelajari di kursus tersebut akan aku cuba adaptasikan kepada anak-anak aku Insya allah.. sebab setiap kejayaan mereka adalah kejayaan aku juga...semoga Allah membuka lebih banyak ruang dan jalan untuk aku lalui hari-hari yang mendatang... Amin..


Sejenak aku terfikir...Minat aku untuk mengajar dan mencurahkan ilmu datang secara nalurinya.. secara tiba-tiba... mungkin apa yang pernah aku katakan pada kawan aku dulu benar2 menjadi kenyataan..?? aku pun tak pasti... tapi yang sahihnya... hati aku benar2 ikhlas untuk mengajar dan mendidik anak2..bukan anak aku sahaja.. tapi juga anak2 lain yang memerlukan bantuan dan sokongan...



Dulu masa aku duk form 6 sekejap... bila kelas dah mula surut..kawan2 dah ramai yang ucap selamat tinggal sebab majoriti dapat masuk 'U', masuk Poli..masuk maktab... ada member aku tanya aku...


"Napa ko x isi borang maktab...mintak cikgu jer...macam aku.. senang...esok x payah susah2 gi interview...nak isi borang kerja..hantar resume sanan sini.. jadi cikgu senang.. kerja dah tentu ada... "


Aku bagitau dia... " Biarlah aku buat sesuatu kerana aku minat bukan kerana terpaksa..kalau jadi cikgu pun ianya mungkin merupakan pilihan kerjaya aku yang terakhir..."



Adakah tuhan telah memakbulkan kata-kata aku pada masa tu..?? wallahu'alam.. aku juga pernah suatu masa dulu dengan housemate aku..Ownyang jer panggil nama dia... kitorang beriya2 nak jadi sukarelawan Yayasan Salam sebab nak bantu orang susah.. nak tolong kanak2 istimewa... adakah Allah juga memakbulkan impian aku... dengan mengurniakan aku Emilyn..?? Subhanallah... Allah Maha Besar...



Sejenak.. aku terfikir... Adakah ini jalan takdirku..? Mungkin ya..mungkin iya nyer telah tertulis di atas sana.. sebagai hambanya aku redha.. aku bersyukur kerana aku pasti ada sesuatu yang terbaik juga telah tertulis di atas sana... hanya aku perlu kuatkan iman.. kuatkan semangat untuk menempuh hari2 yang mendatang...

p/s :So... to those outside there... please think twice on your words...sebab orang selalu kata.. "kata-kata itu adalah doa..."

Friday, May 29, 2009

Sepi Itu Indah..

Napa la ayat aku ni puitis sangat cam cik permata..hu..hu.. bukan apa kadangkala aku rasa berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata..sebab bila berkata & bercakap.. maka banyak yang diperkatakan itu akan di salah tafsir....maka banyak pula dosa-dosa yang akan terbit...

Kadangkala aku sendiri tak faham.. pepatah selalu mengatakan yang rambut sama hitam tapi hati lain2.. betul..memang betul.. disebabkan hati yang lain-lain inilah...kenapa suka membanding2kan..antara satu sama lain..setiap insan ada kelebihan dan keistimewaannya.. kenapa mesti memilih kasih.. tapi aku tahu..dan aku faham..pilih kasih kadang2 bukan sebab kasih..tapi sebab kasihan..




Sejak kecil mak abah tidak pernah pilih kasih..terhadap aku dan adik beradik yang lain..sejak kecil juga aku tidak di ajar untuk meminta2.. aku tidak diajar untuk berbangga2.. aku redha atas setiap apa yang telah Allah kurniakan kepada aku .. dan anak2 aku juga aku berusaha untuk menerapkan budaya ini... walaupun orang lain sibuk dijanjikan percutian.. sibuk dijanjikan hadiah dan ganjaran.. anak aku hanya diam mendengar.. kerana bagi mereka..itu semua tidak penting..yang penting..mama dan baba sentiasa ada bersama mereka di saat susah dan senang..sakit dan sihat..tawa dan gembira..menangis dan berduka..

Disaat aku susah atau senang... aku x pernah nak bersuara.. apatah lagi nak minta ditolong.. sebab aku tak mahu terhutang budi.. Aku tak kisah mereka ada apa..tapi mereka akan terlompat2 bila tengok apa yang aku ada...dunia2... Sebab itu aku kata sepi itu indah...

Tuesday, May 26, 2009

Anak Permata Negara...

Aku sebenarnya sangat tertarik dengan konsep yang di bawa dalam program permata negara... ooppss bukan permata nusantara yea..(thanks to cik pTd kerana memperkenalkan permata negara kepada aku..) dan aku pun sebenarnya berhasrat untuk membuka satu learning center secara kecil-kecilan.. aku sekarang pun diam2 ada attend seminar dan kursus yang berkaitan.. kalau ada rezeki satu hari nanti.. Insyaallah.. impian akan menjadi kenyataan.. masa tu nanti.. blogger2 teratak anisma yang dah berumahtangga x payah susah2 carik bibik atau nursery sebab.. leh antar anak kat center aku tu nanti...hu..hu..

Apa yang aku nak ceritakan kali ni adalah isu anak2 yang dikatakan sebagai permata negara.. bagi aku..anak bukan saja permata..tapi jantung hati.. malahan nyawa seorang ibu.. setiap kali anak sakit..anak lapar.. atau anak menangis... ibulah yang paling susah hati.. bayangkan ibu yang mengandungkan anak selama 9 bulan 10 hari... (Emilyn lama sikit... 9 bulan 20 hari..sebab post date..) menatang setiap anak bagai minyak yang penuh.. sesungguhnya besar pengorbanan seorang ibu... dulu2 aku memang kuat melawan cakap mak.. tapi sejak aku ada anak... baru aku tau apa yang mak abah buat semua untuk kebaikan aku... maafkan orang mak..abah..... sejak aku kawin & ada anak..aku rasa hubungan aku dengan mak abah lebih rapat... sebab mungkin pengalaman menjadi ibu memberikan aku pengertian yang sangat mendalam dan lebih mengasihi kedua ibubapaku...





My permata yang merajuk sebab kena tinggal kapal terbang..oooppss..kena tinggal dengan kawan2 kat umah Pak Itam @ Kangaq..



Tidak ada mana-mana ibu pun di dunia ini yang sanggup melihat anak2nya bersedih.. atau menderita... bagi aku..biar aku yang lapar jangan anak aku yang lapar... biar aku yang sakit jangan anak aku yang sakit.....besarlah harapan aku dengan didikan yang aku berikan selama ini mudah-mudahan anak2 aku akan menjadi anak2 yang soleh dan solehah.. yang berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat... dan yang paling penting... kalau esok aku telah tiada... sekurang2nya aku ada meninggalkan zuriat yang dapat mengirimkan sedikit doa dan sedekah jariah untuk aku di alam akhirat kelak..







My permata hatiku...




Tapi semalan...permata aku menangis... sebab kesakitan...rupanya ada kawan baru di daycare yang buat dia... cikgu cakap sikit jer... kawan terlibas badan dia dengan tali... tapi bila tanya dia kata kawan gigit & libas dengan tali ... kat tengah belakang...hati aku memang sakit... tapi nak pergi marah..anak orang... apa mak bapak dia tak pesan ke jangan nakal2 kat sekolah... kalau ada ramai budak macam ni... susahlah konsep permata negara nak diterapkan...tapi aku bagitau cikgu dia supaya berhati-hati next time..



Kesan gigitan & lebam kat badan Eimran


Anyway..kat atas tu gambar badan dia yang kena gigit...mungkin budak tu geram tengok badan dia yang montel tu kot...dan aku dah janji ngan dia... petang ni tunjukkan mama budak tu..mama nak ambik gambar dia...Eimran kata..nanti mama email kat baba tau gambar budak tu... nanti baba balik suruh baba marah dia..(bagi dia baba is the hero... yang akan selamatkan dia...) tak payah baba..mama dulu masa kecik2 kaki gaduh..mama jer boleh settle... hehehehe



p/s: Selamat Pengantin Baru buat Akmar & Fahmi... semoga berbahagia dan berkekalan selamanya..tak sabar nak tengok permata hati korang pulak..hu..hu...

Tuesday, May 5, 2009

Boring..boring...

Hari ni aku ada seminar kat klcc.. tapi aku blah awal.. sebab boring giler... topik yang dibincangkan tiap2 tahun sama jer... so..aku pun dengan langkah selamba terus blah balik umah...(harap2 bos aku x tau address blog aku ni... hahahaha)

Boring ni kenkadang susah nak di klasifikasikan.. apa yang pasti..aku rasa macam nak cuti.. malas nak gi kerja.. nak lepak dan rileks jer kat umah... macam masa aku habis SPM dulu.. lepak..makan..tido... (patut aku berjaya bina badan masa tu..hu hu..).. atau mungkin sebenarnya aku dah mencapai tahap tepu dalam kerjaya.. so aku perlukan masa untuk bertenang dan retreat balik prestasi dan pencapaian aku selama ni... mudah2an permohonan aku untuk sambung belajar diluluskan... Amin...


Dalam pada boring tu... ada satu benda yang aku suka buat... iaitu memasak... dah lama aku tak masak beriya2..sebab bila pakwe aku x der..aku masak ala kadar jer... lauk ringkas2 untuk anak2 aku.. antaranya lauk telur mata masak kicap sweet sour.. (ada org kata tu lauk org miskin.. anyway..org kaya yang buat macam tu... makan telur hari2 leh simpan duit banyak2... hahaha)


Bagi mengurangkan rasa boring.. aku pun turun ke dapur dan masak lauk-lauk ni... jom la tengok.. (En. Yusri jangan tension pulak tengok lauk ni.. kata dah kurus 70kg... hahahahha)




Asparagus goreng belacan... yum..yum..




Masak Lemak Pucuk Paku



Ikan Tuna Goreng Tepung




Hahaha... Eimran dah senyum lebar.. x sabar nak makan...

Pas abis makan mesti nak pekena kopi... ini dia kopi kegemaranku... nescafe.. patut dapat migraine selalu..huhu...cawan kopitiam tu... jangan memain...

Saturday, May 2, 2009

Sinei Kitak Tok..

Sinei Kitak Tok.. merupakan antara ayat pertuturan masyarakat Iban di Sarawak yang bermaksud 'awak hendak ke mana?'... aku dengar ayat ni tak silap masa tu aku kecik lagi.. ketika tinggal di Kem Penrisson, Kuching Sarawak..


Apa pun... baru2 ni aku berpeluang menjejakkan kaki ke bumi kenyalang.. disebabkan aku ada kerja kat sana.. anyway aku tak sempat nak ke Kuching sebab aku hanya ke Sibu, Sarikei, Bintulu, Miri dan Bandar Sri Begawan... huhu..




Aku yang tengah khusyuk mendengar penerangan & masalah distributor di Sarikei.. huhu..sebab balik nak kena buat report.. kat belakang tu guni beras ,tepung & gula.. meeting dalam gudang tu..huhuhu...



Seronok sebenarnya pegi Sarawak ni..bukan saja dapat naik belon.. tapi dapat makan makanan yang agak pelik namanya tapi rasa memang sedap giler... huh.. makan lagi.. bila nak kurus cam ni.. Mmm.. masa kat sana aku dapat makan beberapa jenis makanan antaranya mee kolok, lelapan,tapai bario,mee jawa,midin dan lain2 lagi yang lazat2...




Mee Kolok Ayam... Sedap giler...







Tapai bario... manis & sedap..







Mee Jawa.. special sikit sebab ada sate...






Lelapan... actually ada lapan jenis dish... kobis,pucuk ubi,timun,tempe,tauhu,kacang panjang, udang goreng & sambal belacan... lauk leh pilih either udang, keli goreng,ayam goreng, tenggiri goreng or bawal goreng... makan dengan nasik putih... mmm... sedap... 2 hari tangan aku bau belacan x hilang... memang best lah...




Ni air pandan bandung.. aku ingatkan cam mana la rupanyer.. sekali datang..rupanya colour hijau... beza tu jer dengan sirap bandung yang warna merah.. tapi memang best lah...


Anyway lepas makan semua2 tu kena bilas ngan yang ni pulak...





Huh..teamix herbalife... baru betul berat maintain... hehehe....

Monday, April 6, 2009

Jom makan-makan...

Masa aku di Dubai tahun 2006.. pertama kali aku makan masakan 'Middle East' yang original... rombongan aku dari Malaysia di bawa makan ke sebuah restoran yang agak popular di Dubai.. "Automatic Restaurant".. di situ kami diperkenalkan dengan masakan orang2 Arab.. antara dish yang aku tak dapat nak lupakan sehingga ke hari ini adalah 'tabouleh'.. bukan saja sebab rasa dia sedap.. tapi sebab nama dia kelakar.. kalau di terjemahkan ke bahasa Melayu 'tabouleh' sebutan dia seakan2 'tak boleh' or in English.. 'can not'... Tabouleh ni merupakan hidangan salad yang di makan bersama roti arab.. (nama apatah roti tu x ingat..)

Kalau aku teringin nak makan makanan arab ni aku akan gi ke Restoran Tarbush di Ampang Point... makanan dia memang sedap2... nak menangis aku makan..sebab aura kelazatannya tu... hu..hu..

Anyway aku tengah lapar ni... nak gi makan..aku tinggalkan resepi 'tabouleh' kat bawah ni untuk kalian cuba... (menu ni sesuai untuk geng-geng 'Esok START' & Transformasi...) resepi ni aku olah daripada resepi asal... tapi rasa tetap maintain...


TABOULEH

2 cawan daun parsley - di cincang

1 cawan daun pudina - di cincang

1 biji tomato - di buang biji & di potong dadu

1 biji bawang besar di potong dadu

1 biji timun jepun - dipotong dadu

3 sudu besar quaker oat (pek warna merah) * org arab guna bulgur wheat

4 sudu besar minyak zaitun

sedikit garam

sedikit white pepper

3 sudu besar jus lemon


CARA-CARA

Leburkan semua2 tu dalam bowl besar.. gaul & sedia di hidang

Lebih sedap di makan sejuk (simpan dalam peti ais leh tahan 3-4 hari tapi kena letak dalam tupperware bertutup..)

Selamat mencuba...!!


p/s: Sorry la Cik pTd... blog ko mencetus idea kepada ramai blogger2 teratak anisma yang lain.. anyway.. thank you..

Friday, April 3, 2009

Doa & Penantian...

Oh..cik permata..tolong lah... aku bukan nak bersaing.. tapi mungkin ada tempias2 puistik kot... hahaha... anyway.. walaupun aku busy banyak kerja.. tapi hati aku sebenarnya sedih.. napa tah.. setiap saat ingatan aku hanya pada Emilyn... macam mana dia kat sekolah..apa dia buat.. Tuhan.. berikanlah aku kekuatan... yakinkan aku..Emilyn boleh...!!! walaupun banyak kata2 sinis yang menyakitkan hati aku dan meruntuhkan jiwaku... namun aku akan cuba bertahan.. demi Emilyn..

Bila sesedih & syahdu macam ni.. tetiba semangat aku datang bila aku teringat lagu2 puisi nyanyian Allahyarham Zubir Ali..


DOA'

Tuhanku...dalam termanggu
Kusebut namaMu
Biar susah sungguh..
Mengingat Kau..penuh seluruh..
Tuhanku..
CahayaMu...panas suci bagai kerdip lilin..
Di kelam sunyi..
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing..
Tuhanku..
pintumu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

Doa & Harapan....


PENANTIAN

Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian satu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku


*********************************

Thursday, April 2, 2009

Mama.. adik rasa sedih la..

Lama jugak Eimran dapat duk ngan baba kat umah.. lebih kurang 3 bulan.. dalam tempoh tu tiap2 hari baba antar & ambik Eimran & Emilyn kat sekolah.. dan layan perangai diorang yang asyik2 & tiap2 hari nak gi jalan2.. gi Jusco pun jadik la... cuci2 mata..paling2 pun dapat bodek baba beli buku sticker Ben-10...




Kelmarin baba dah start g offshore..maknanya lagi 2 bulan kurang2 baru Eimran dapat jumpa baba.. (mama pun sama..hu..hu..hu..) pagi2 lagi kul 5 pagi dah bangun antar baba kat Kl Sentral & makan breakfast kat Mc Donald... masa nak naik keta.. beriya2 bye-bye bukan main... siap suruh baba call bagi tau kul berapa nak suruh mama ambik baba..

Tetiba malam tadi nak tido... muka sedih semacam... bila tanya kenapa... dia kata ' mama.. adik rasa sedih la.. adik rasa nak baba...' aikkk..pertama kali aku dengar ayat tu.. mungkin dia nak cakap dia rindu baba.. tapi x tau guna perkataan rindu...sebelum ni dia x pernah ambik port pun bila baba ada atau tak... ini menunjukkan dia semakin meningkat dewasa dan mula memahami kehidupan di sekeliling dia.. actually baba pun sama jugak... bila call malam tadi cakap dengan Eimran..suara pun macam nak nangis jer..

Anyway..ke mana pun kita pergi... hubungan dan perasaan kekeluargaan tu tak dapat nak dipisahkan... at least bila berjauhan macam ni.. perasaan rindu & sayang tu semakin kuat..




Tuesday, March 31, 2009

Aku Yang Kau Pilih...

Tajuk aku ni bukan nak menyaingi ayat-ayat puitis permata nusantara..cuma nak berkongsi cerita tentang susur galur kehidupan..hehehe..


Lepas aku dapat result SPM, kawan2 yang lain berebut-rebut masuk University.. tapi aku still duk kat umah sebab belum ada rezeki untuk gi mana2.. tapi aku bukan jenis yang suka buang masa.. walaupun aku memang kuat tido sampaikan kalau telefon umah berdering2 & mak call berkali2 dari opis... aku masih boleh pekakkan telinga.. sampaikan Cik Pah kena jerit dari umah dia panggil aku bangun... baru aku akan bangun.. pas tu ambik kau.. mak balik memang kena marah ler....hehehehe..


Dalam masa menunggu peluang untuk sambung belajar... aku bekerja sebagai cikgu sambilan di SRK (C) Selayang Baru... aku mengajar English & Bahasa Melayu... walaupun aku tak der lah amik TESL.. tapi leh la mengajar sikit2... masa tu silibus darjah 1 tidaklah seteruk silibus sekarang yang aku rasa terlalu berat... bayangkan darjah satu dah belajar tanda ayat... kata nama am..kata ganti nama... Ya Rabbi...susah giler...


Masa aku mengajar English Tahun 3... ada sorang budak pompuan ni... Nama dia Tan Geok Ngor x silap aku lah... dia duk dalam kelas yang terakhir.. dia ni jenis yang mendengar kata & ikut arahan cikgu.. apa yang cikgu suruh semua dia buat... walaupun bebudak lain berlari ke hulu-hilir..dia tetap duk tempat dia dan menulis atau pun melukis...


Satu hari aku mintak semua budak salin perkataan yang aku tulis kat papan hitam..(masa tu x der white board).. dia orang yang terakhir sekali siap... tapi bila aku check.. dia tulis terbalik.... patutnya dari kiri ke kanan.. tapi dia tulis style jawi dari kanan ke kiri... aku memang betul2 pelik.. sebab aku tak pernah jumpa budak macam ni... puas aku ajar dia.. tapi dia tetap ulang kesalahan yang sama... akhirnya aku give up... bila aku tanya cikgu kelas dia... cikgu tu kata..memang dia macam tu... lembab..malas & susah di ajar... aku tak tau napa cikgu ni labelkan budak ni macam ni... sedangkan dalam kelas aku.. disiplin dia memang bagus.. tanya soalan dia leh jawab.. tapi bab menulis & copy dari papan hitam dia payah... bila aku dah masuk ITM aku pun dah lupa tentang dia...

Gambar hiasan..

Setiap anak ibarat kain putih...


Kisah Tan ni kembali bermain di fikiran aku.. bila aku berjumpa dengan Cikgu Jamaliah.. cikgu ni dah agak berusia.. tapi perwatakan dia sangat lembut.. air muka dia sangat jernih... dia mengajar Emilyn Bahasa Melayu Tahun 1... setiap hari dia akan bekalkan emilyn dengan homework.. penulisan... sebab dia nak Emilyn mahir menulis..sebab tulisan emilyn besar2... dan dia lambat untuk menyalin apa yang cikgu tulis di white board... cikgu Jamaliah takut Emilyn ketinggalan.. walaupun setiap soalan yang ditanya cikgu, Emilyn boleh jawab dengan baik.. tapi disebabkan Emilyn mengalami kesukaran untuk membaca ayat2 panjang.. menyebabkan kerja-kerja yang diberikan dalam kelas Emilyn tak siap... Sebab tu aku masukkan Emilyn ke kelas Kumon.. dan hantar dia ke kelas membaca.. bukan niat aku untuk bersaing atau memaksa dia menjadi sehebat Adi Putra.. tapi aku tahu di mana kelemahan dia... dan aku berusaha membantu dia mencari arah...




My love..

Sebenarnya aku dah perasan perkara ni lama...tapi aku tak tau apa nak buat dan mana nak pergi.. selama bertahun-tahun puas aku berjumpa doktor pakar di HKL, Selayang & Ampang Puteri... tapi tak der satu pun yang dapat memberikan aku jawapan yang tepat... Namun aku berterima kasih kepada Arwah Dr. Haliza (Al-fatihah) dia merupakan orang pertama yang dapat detect kekurangan yang ada pada Emilyn dan katanya mungkin disebabkan oleh faktor kelahiran (induction fail & force delivery...) tapi untuk pengesahan lanjut arwah mengesyorkan supaya aku berjumpa pakar di Selayang dan HKL..


Kat HKL & Selayang dah berpuluh2 test di buat ke atas Emilyn... berpuluh2 jarum dicucuk ke tangan Emilyn.. berpuluh2 tabung darah Emilyn doktor ambik... bermacam2 scan,MRI, X-ray Emilyn dah buat..tapi doktor tak dapat nak identify problem Emilyn... akhirnya Emilyn dirujuk kepada Pakar Genetik Hospital Kuala Lumpur..dan doktor mengesahkan Emilyn mengalami lewat perkembangan disebabkan oleh faktor genetik.. Emilyn boleh berjalan pada umur 2 tahun dan bercakap pun pada umur 2 tahun.. keadaan ini mungkin akan menyumbangkan masalah kepada dia dari segi pembelajaran kelak... sedih..memang sedih... puas aku bertekak dengan doktor sebab musababnya... akhirnya aku terima hakikat tuhan.. anak terbentuk daripada ibu dan ayah... bawaan genetik mungkin dari ibu.. mungkin dari ayah.. mungkin dari datuk...nenek...moyang... mungkin..mungkin..mungkin... entahlah...


Yang pastinya... genetik sebenarnya menyumbang sebanyak 30% daripada sel badan kita.. lagi 70% datang dari diri kita sendiri dan juga persekitaran... apa yang penting adalah masa depan Emilyn... aku dan suami tak mahu menoleh ke belakang lagi... apa yang kami buat sekarang adalah demi masa depan Emilyn..kami cuba buat yang terbaik untuk Emilyn...


Berdasarkan perbincangan aku dengan Cikgu Jamaliah... semalam aku bawak Emilyn berjumpa dengan Pn. Shariah Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia... beberapa ujian telah dibuat ke atas Emilyn.. penulisan, membaca dan mengira... dan jawapan dari Puan Shariah... " She's very smart.. dia tahu macam mana nak selesaikan soalan matematik dan jawab soalan pemahaman.. tapi dia mengambil masa yang agak lama untuk interprate apa yang dia lihat dan baca... so kita perlu tolong dia untuk mempercepatkan proses pembelajaran..we're going to put her into the Intensive Class for 3 months... during that periods of time we will teach her a proper and systematic learning methods.. Insya Allah.. she will be deserved her place in a school later.. Sejuk hati aku dengar ulasan dia...dan aku redha..jawapan yang aku cari sekian lama telah aku temui... Emilyn disahkan dyslexia... tapi alhamdulillah..dia hanya mild dyslexia.. dan masih ada ruang untuk dia pulih seperti sedia kala... cuma dia memerlukan kesabaran, masa dan sokongan padu yang tidak bebelah bahagi..


Hari ini aku sedar.. aku sangat beruntung sebab aku telah dipilih oleh Allah dikalangan beribu-ribu dan berjuta-juta ibu di luar sana untuk memikul tanggungjawab ini.. bukan calang-calang orang yang Allah pilih... Allah tahu aku mampu melaksanakannya dengan baik dan sempurna..(InsyaAllah.. ) sebab itu Allah memilih aku... Aku bersyukur kerana suamiku turut sama memikul tanggungjawab ini.. tanpa dia aku tidak mungkin dapat berdiri teguh seperti hari ini... Eimran juga banyak bertanggungjawab dalam membantu perkembangan Emilyn.. dia bersikap seperti seorang abang yang melindungi adiknya...buat mak abah..dan semua adik beradik ku dan saudara mara yang lain.. terima kasih kerana memberikan kasih sayang yang tiada tolok tandingnya kepada kami terutama kepada Emilyn.. Nawal juga antara individu yang menjadi rujukan aku dalam membantu Emilyn dan dia sentiasa memberikan aku semangat agar tidak berputus asa..mudah-mudahan Emilyn akan berjaya dalam kehidupan dan pelajaran..di dunia dan akhirat... Segalanya tidak mustahil buat Emilyn...



p/s: Tak tahulah mana Tan tu sekarang... tapi yang penting..kanak- kanak dsylexia mempunyai tahap intelektual yang normal dan kadangkala brilliant..tetapi menghadapi masalah yang unik dan sukar di fahami dalam kemahiran membaca dan menulis... antara tokoh2 terkenal yang mengalami dsylexia adalah Leonardo Da Vinci, Salma Hayek, Tom Cruise, Whoopi Goldberg, Bill Gates, Lee Kuan Yew, Thomas dan Albert Einstein.....

Friday, March 27, 2009

Durio Zibethinus Murray


Gambar hiasan...



Bunyik agak pelik..tapi rasa.. memang best....Durio Zibethinus Murray adalah nama saintifik bagi durian.. tapi durian ni jugak ada banyak variety..tapi biasa yang kita tau.. durian kampung la.. sebab bawak balik dari dusun kat kampung...hahahaha...



Masa dulu2 time aku kecik2 kalau nak makan durian kena beli..abah selalu beli durian kat pasar borong atau pun kat chow kit.. nak balik kedah jauh sangat.. sekali-sekala kalau balik barula dapat merasa durian dusun tokwan..

Tapi sekarang.. sejak mak abah dah bermenantukan 'anak kampung' segala benda yang exotic semuanya dapat free especially durian, kelapa, pisang, ubi, mangga, ikan talapia.. macam2 lagilah.. alhamdulillah... rezeki semua tu...Aku pun dah 8 tahun tak pernah beli durian... musim durian kat kg.. aku balon habis2.. hahahaha... pak mentua aku pun takkan nak marah..menantu katakan..


Dalam keghairahan aku makan durian ni... cuma emilyn jer yang memang melayu sejati.. sebab dia pun sama cam aku hantu durian.. (bukan cerita Geng Upin & Ipin tu..) anak aku eimran.. bau pun tak boleh... dia akan muntah.. kalau kitorang makan durian..nanti dia akan tutup hidung & lari jauh2.. kelakar giler.. bila aku tanya napa adik tak suka durian..dia kata busuk..ada ulat..adik suka epal ngan banana jer..peehhh..cam anak omputih pulak..


Nak di jadikan cerita..aku penah try bagi dia makan masak tempoyak.. dia tengok kuah kaler yellow..baik punya..memang lauk favourite dia kuah yellow.. memula suap ok lagi.. kali kedua.. dia tanya.. "mama napa kuah ni adik rasa lain jer...Cam rasa durian jer..." Aku pun terbahak2 gelak.... sebab tak berjaya tipu dia... sejak tu kalau nak makan lauk yellow dia akan tanya mama ada bubuh durian tak... hehehehe...eimran..eimran...


Monday, March 23, 2009

Jom pi jalan-jalan

Minggu lepas cuti sekolah.. so aku dengan sempoinya apply cuti sekali..dengan harapan cuti aku akan lebih meriah dan bermakna.. tapi yang tak syoknyer sebab tengah bulan..poket agak gersang... jadi kitorang hanya gi bercuti di pinggir bandar sahaja..dan diikuti dengan percutian ke Kendong Agro Resort (Destinasi wajib.. kalau jarang2 nanti kena blacklist..hu..hu)


Aku tak merancang pun nak gi ke sini... tapi tak sangka lak tempat ni boleh tahan jugak..ala-ala country gitu.. yang penting anak2 aku happy dapat naik kuda..nak main archery dengan canoe hujan pulak... rugi..rugi..



Eagle Ranch Resort

Belakang tu Paddock Chalet tempat kitorang menginap..



Cam pekan koboi lah...



Berdoeh-doeh kuda tu masa Eimran naik..sakit tulang belakang kot.... kesian anak aku..



Apa pun.. kitorang semua happy sebab dapat bercuti bersama-sama... pas ni ingat nak gi cuti naik belon pulak...sebab eimran kecoh nak naik London Bridge...hu..hu..

p/s : Tengok Eimran naik kuda ni teringat kat adik aku sorang ni... sibuk suruh abah beli poney warna putih... konon cam anak mat salleh la tu...ish..ish.. hahahaha..

Thursday, March 12, 2009

Alamak..macam mana ni..

Adik aku yang ke lima akan berkahwin pada pertengahan bulan 5 ni... Insya Allah.. tapi yang memeningkan aku bukan pasal dia..tapi pasal aku... baju dah siap tempah.. (mujur mak aku sponsor kain.. terima kasih mak...jimat..jimat..huhu..) aku sekarang ni makan tak hingat.. walaupun aku mengamalkan diet sihat dan selamat..makan nasik cuma 1 x sehari..tapi time makan tu la aku ter'extra' tambah.. maklumlah..aku masak hanya yang sedap2 jer... asam pedas buh daun kesum, gulai ayam lada api..tambah pulak dengan ikan kering beli kat pangkor hari tu..pehhh... sedap giler.. kalau setakat ikan goreng stail minang penulis resah tu... aku pejam mata pun boleh masak...hahahaha..

Kerja aku sekarang ni memang overloaded... tambahan pulak aku sekarang ni sibuk dengan ujirasa produk..so semua produk yang sampai kat aku..semua aku kena buat testing... iyalah..kalau tak mana nak tau sedap ke tak... rasa sikit tak der feel...kurang2 sepinggan.. macam ni..susah lah aku... alamak..macam mana ni..jangan ketat baju aku nanti dah ler...

Antara kesibukan & penyibukkan aku....huhu...


Preparation untuk food testing...makanan salai dalam tin




Sampel masak lemak cili padi dalam tin..





Testing time... sedap giler..tapi shidah tu cam marah jer aku rasa sampel dia... anyway aku dah consult dia untuk try herbalife.... hahahaha...

Well..well.. dalam tempoh x sampai 2 bulan ni..aku akan start diet GB ala herbalife..hu..hu..sebab niat aku nak pakai kebaya nyonya akeman kawin ni..hahahah... apa pun semoga semuanya berjalan lancar... Amin

Thursday, March 5, 2009

Kerjaya vs Keluarga

Dah 2 hari aku meeting kat Swiss Garden Damai Laut, Pangkor... walaupun nama resort ni damai..tapi hati aku sebenarnya tidaklah sedamai mana...Aku sebenarnya tak berapa favor nak g outstation especially kalau husband aku ada kat onshore & anak-anak aku sekolah..

Mana kan tidak.. badan aku jer kat sini..tapi kepala otak aku kat kl.. teringatkan anak2 & husband kat rumah..apa lah cerita..anyway..inilah kali pertama aku tinggalkan anak2 aku kat rumah di bawah penyeliaan husband aku..kesian jugak aku kat dia kena ambik alih tugas aku...tapi at least dia dapat rasakan betapa beratnya tanggungjawab aku sebagai seorang isteri, ibu dan juga pekerja.. apapun aku bersyukur sebab dia memahami kerja aku & mengizinkan aku untuk g outstation.. apa pun aku nak dia tahu apa yang aku buat adalah untuk membantu dia agar kami dapat membesarkan anak-anak dalam keadaan yang selesa, berkualiti,harmoni & barakah..insyaallah..

Sejuk hati tengok muka anak-anak...

Bagi memastikan keadaan berjalan lancar.. aku dah siap2 masak lauk & beku kan dalam freezer.. so husband aku just panaskan jer untuk anak2 aku makan.. sampaikan eimran kata baba masak sedap...lagi sedap dari mama... dia tak tahu sebenarnya mama yang masak..hahahaha.... tapi pagi tadi sarapan memang confirm baba masak.. nasik goreng pedas...2x eimran tambah..hu..hu..

Rindu..memang rindu giler kat anak2... tapi nak telefon selalu sangat tak boleh..bukan tak der line.. tapi line tak clear..sebab emilyn asal dengar jer suara aku..mula la dia menangis..nak mama.. aku pun sedih la jugak...

Aku rasa bukan aku saja yang rasa macam ni..ramai lagi ibu2 kat luar sana yang mengalami pengalaman yang sama... cuma sebagai seorang ibu & seorang pekerja...kita kena pandai2 bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga...sebab itu bagi aku..hari minggu adalah hari keluarga...dan aku tak suka nak bawak balik kerja kat rumah..aku nak tumpukan perhatian kat anak2 & suami..


Semoga Allah sentiasa bersamaku di saat susah & senang...Amin..





Wednesday, February 25, 2009

Leornado Da Vinci..

Kalau orang tanya..masa sekolah dulu subjek apa yang korang paling tak suka...? Aku tak suka subjek lukisan.. sebab aku tak pandai melukis.. aku pun tak tau kenapa subjek tu diwajibkan.. tambahan pulak dulu nak beli water colour 'buncho' memang mahal... mak abah tak bagi beli mahal2.. so kena beli yang kecik cam ubat gigi tu.. cucuk muncung dia pakai pin & picit.. silap jaga dia jadik keras macam batu...


Tapi anak2 sekarang untung.. sebab mak bapak berduit..leh beli colour stadler atau luna yang 24 sticks atau sampai 36 sticks..ada macam2 tone warna.. dapat beli drawing blok satu buku.. aku dulu beli sekeping2 jer..kat kedai cik yam depan umah mak aku... iyalah... zaman dah berubah dunia dah maju... sekarang org lukis pun guna komputer jer..


Walaupun aku memang x minat lansung melukis.. tapi anak aku eimran memang suka melukis.. masa lapang dia di rumah..dihabiskan dengan tengok kartun atau pun melukis... tak macam mak dia masa lapang di rumah suka..zzzz...zzzz...zzz



Apa yang syoknya... anak aku ni suka melukis benda2 yang ada kaitan dengan sekeliling dia... yang jadi mangsanyer aku..sebab dia siap letak salotape pada lukisan tu untuk aku tampal kat ofis aku..dia suka kalau kawan2 aku tengok...& tanya siapa yang lukis.. mungkin ini antara cara dia meluahkan perasaan & kasih sayang...tak sangka dia leh tahan kreatif..




Lukisan terbaru eimran yang aku tampal kat dinding opis aku..


Apapun.. aku terhibur dengan lukisan2 dia..bila penat kerja & tension2.. tengok lukisan dia kat dinding aku rasa tenang & relax... dan automatik membuatkan aku teringat kat anak2 aku.. dan rasa kasih sayang tu makin kuat antara aku dan dia... memang ternyata cara ni boleh mengeratkan kasih sayang..



p/s : Ada adik aku pernah g lawatan sambil belajar ke Melaka bawak kain batik mak aku..sebab sedih & rindu tak leh berpisah... hehehe.. ni dia dah nak kawin... rasanya pas ni dia bawak kain pelekat kot... hahahaaa...

Wednesday, February 18, 2009

Bibik..oh..bibik..

Hari ni aku terlambat sampai opis... biasalah.. jalan jammed (tak tau alasan tu relevan ke x sbb Kl ni..mana2..pun jalan mmg jam tart..)
Dulu masa ada bibik.. aku masuk opis kul 7.30am..so keluar umah dalam kul 6.50am.. sebab bibik yang tolong settle kan anak2 aku siap2 g sekolah & tunggu auntie van datang ambik... hidup aku pada masa tu boleh dikatakan agak tenang sebab tak pening2 kelam kabut pagi2.. so sekarang bila bibik tak ada.. kul 5 pagi aku dah bangun siapkan sarapan dan uruskan anak2 aku nak ke sekolah.. tepat kul 6.50 kunci pintu & chow... anyway terima kasih banyak2 kat DUKE sbb memendekkan perjalanan aku dari rumah - sekolah - opis..walaupun ko sebat duit aku RM 4 hinggit sehari bayar tol...



Cerita pasal bibik ni..Kalau org lain ada koleksi pinggan mangkuk vantage or corning ware... aku ada koleksi bibik.. hahahaha... aku ada 8 orang bibik dari tahun 2004 - 2008... Macam2 nama... Mariam,Tini,Rosih,Siti,Fidah,Rokha,Dewi & Ani... hahaha... anak aku pun pening...macam2 hal.. tapi yang ok.. Rokha jer...itu pun sebab agen punya kasi pinjam..





Rokha bersama anak2 aku tgk animal show @ Zoo Negara

Setiap bibik ni ada macam2 hal.. yang gila meroyan ada.. yang berhantu ada... yang lari pun ada... tapi apu pun..pusing2.. sama jer citernya.. tak serasi... bukan x serasi dengan aku jer.. tapi tak serasi dengan org sekeliling aku..itulah... kita ni hidup bermasyarakat..berkeluarga.. bila org masuk campur mcam2 hal leh terjadi.. antaranya ada bibik aku yang suka mengadu kat jiran walhal aku pun x pernah berbual mesra ngan jiran2 aku ni.. so sesapa yang ada bibik atau bercadang nak ambik bibik hati-hati lah yea..



Secara puratanya sebanyak RM 12,000 duit aku (hehe..duit suamiku..) telah aku laburkan ke agensi pekerjaan dot..dot.. tapi apa yang aku dapat adalah hati yang sakit dan badan yang penat.. Mungkin ini cabaran yang harus aku tempoh..mak aku dulu pun mana ada bibik..tapi dia leh silat..leh taichi..jaga anak 7 orang.. aku anak 2 org tapi cam 10 orang..


Tapi apa pun..alhamdulillah mak sedara aku - Acik selalu cakap.. kalau kita jaga anak sendiri..lagi afdal... lagi murah rezeki kita..sebab air tangan kita masak untuk dia & suap dia makan insyaallah dapat mendidik dia dengan sempurna.. Ish.. insaf aku... mungkin benar apa yang dia kata sebab lepas beberapa bulan aku terminate bibik aku yg terakhir & aku uruskan sendiri anak2 aku.. aku di panggil interview & dapat naik pangkat...itu rezeki anak2..alhamdulillah


So sekarang ni.. aku happy & bahagia dengan life aku sekarang.. walaupun umah aku kadang2 cam kapal karam.. tapi rumah ku syurgaku... hehehehe..


p/s : Masa aku kecik2 aku ada bibik kejap jer.. kat sarawak..nama di Kak Miah.. walaupun di org Iban tapi dia baik..

Tuesday, February 17, 2009

Happy Birthday Eimran..



Tengoklah.. gaya keluar pun dah macam super hero..
Ada gaya 'superman' tak..


3 Februari yang lepas birthday Eimran yang ke-5..kejap jer dia dah 5 tahun... dan tak sangka pulak eimran & babanya berkongsi tarikh lahir yang sama... so senang sikit aku nak celebrate..jimat kos...


Biasalah.. eimran ni..bila birthday dia..kita kena wish happy birthday.. birthday milyn pun kena wish kat dia juga..birthday mama pun sama gak..sampai b'day wan & tok wan pun kena wish kat dia sekali..potong kek pun dia yang nak potong & sume org kena nyanyi lagu untuk dia sekali...


ini macam kalu.. satu tahun.. dia leh sambut b'day tiap2 hari... tapi kenkadang aku kelakar sebab sambut b'day anak aku banyak kali.. kat umah kitorg.. pas tu g umah mak aku bawak lagi kek.. balik kg sambut lagi.. hush... banyak kali kena beli kek..


Dulu2.. seingat aku masa kecik2 jer sambut b'day.. itu pun kek mak aku buat sendiri.. jemput kawan2 sebelah umah.. ada kacang..ada coklat wafer..(apa nama ntah tapi plastik dia warna coklat belang oren). Itupun rasa macam dah happenning habis.. especially kalau buat kat umah tok lama.. maklumlah..kat area kg pasir tu kira abah aku org yang paling hebatlah kat area tu..soljar katakan..pangkat besar lak tu..


Tapi itu sume tinggal kenangan.. sambut hari jadi pun ala kadar jer sekarang.. wish pun main2 sms jer.. maklumlah.. adik beradik sume jauh2..diperantauan..


p/s: teringat aku ada ambik gambar ngan kakak aku kat studio pegang bunga... hahaha..

Monday, February 16, 2009

My ambition..

My sweet little girl

Masa aku memula masuk sekolah rendah..cikgu selalu suruh isi borang rekod peribadi bahagian cita-cita.. aku tak tau apa nak tulis.. tengok kawan2 sume ada yang nak jadi lawyer..cikgu.. pilot dan macam2 lagi.. Nak tak nak..aku pun tulis.. hehehe..cita-cita aku tiap2 tahun berubah.. yang aku ingat aku nak jadi pramugari..hehehe...tapi sekarang aku jadi pramusaji je...masak & hidang untuk suami ngan anak2 aku..
Bila teringat kisah tu.. aku pun tanya kat anak aku emilyn yang baru masuk darjah satu tahun ni.. apa cita2 dia... Dia kata...
'Ayin nak jadi posmen..'

aku nak tergelak pun ada mungkin sebab dia banyak sangat tengok citer postman pat kat astro.. tapi yang aku terharu alasan yang dia bagi..

'Ayin sayang mama..ayin nak jadi posmen sebab ayin nak hantar surat kat mama tiap2 hari..'

Sebak aku dengar kisah cita2 anak aku ni.. walau apa pun cita2 dia..sebagai ibu aku mendoakan yang terbaik untuk dia dan support dia sebaik mungkin..insyaallah... mana tau satu hari nanti bukan sekadar posmen tapi emilyn merupakan CEO kepada Fedex South East Asia.. amin..

p/s: Aku teringat..mak aku selalu citer.. kakak aku dulu bercita2 nak jadi penyanyi..